awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes pelajar UniSZA maut: Pemandu didakwa mencuri
Bekas pengetua sekolah agama hadapi 23 tuduhan pecah amanah
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden kemalangan tren di Sepanyol - Wisma Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tawar khidmat nasihat dalam usaha pencegahan rasuah

Bernama
Bernama
20/05/2013
10:59 MYT
SPRM tawar khidmat nasihat dalam usaha pencegahan rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan khidmat nasihat kepada agensi, syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) bagi mencegah kegiatan rasuah dalam organisasi mereka.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Sutinah Sutan berkata mereka boleh mengemukakan permohonan kepada SPRM untuk mendapatkan khidmat itu.
Katanya SPRM mengambil pendekatan holistik dalam usaha memerangi rasuah dengan melaksanakan pelbagai transformasi dari segi fungsi, peranan dan penstrukturan semula.
"SPRM bukan saja mengambil pendekatan mendakwa pelaku rasuah tetapi kita juga mengunakan kaedah jangka masa panjang seperti menawarkan khidmat nasihat untuk menutup ruang dan peluang wujudnya gejala rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Seminar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah (Pembinaan Menjana Pembangunan Berintegriti).
Seminar yang dihadiri lebih 200 kontraktor itu turut dihadiri Pengarah SPRM Johor Simi Abd Ghani dan Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Johor Zaini Jalil.
Sutinah turut berkata setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu terus mencari jalan membanteras rasuah dan meningkatkan kemungkinan untuk mengesan kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam organisasi sendiri.
Topic Berkaitan
#cidb
#Datuk Sutinah Sultan
#NGO
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan