Skip to main content

Malaysia

SPRM teliti aduan 'commingling' kargo

SINAR HARIAN
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti kebimbangan berhubung dakwaan pencampuran atau penggabungan (commingling) kargo petroleum sebelum menentukan tindakan susulan, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti kebimbangan berhubung dakwaan pencampuran atau penggabungan (commingling) kargo petroleum sebelum menentukan tindakan susulan, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Sumber itu berkata, SPRM menyedari isu berkenaan dan perbincangan sedang berlangsung sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Isu itu timbul ketika Malaysia berdepan penelitian terhadap peranannya sebagai hab pembuatan dan pemindahan kargo serantau.

Pada 14 Ogos lalu, Pejabat Dasar Perdagangan dan Pembuatan Rumah Putih menamakan Malaysia antara lebih 40 negara yang didakwa berisiko memudahkan pengelakan tarif menerusi rangkaian 'transshipment' yang dikaitkan dengan China.

Laporan bertajuk 'The Great Transshipment Scam: Rise, Scope, and Costs' itu meletakkan Malaysia dalam kategori Tier 2 bersama Brazil, Indonesia, Thailand, Turkiye dan Vietnam.

Laporan berkenaan mendakwa pelabuhan laut dalam, hab pembuatan dan zon perdagangan bebas di Malaysia berpotensi digunakan sebagai laluan untuk mengalihkan barangan dari China bagi mengelakkan tarif Amerika Syarikat.

Ia turut menyorot Koridor Perindustrian Penang-Kulim dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang sebagai kawasan yang perlu diberi perhatian.

Transshipment merujuk kepada proses memindahkan barangan atau kargo dari satu kenderaan atau mod pengangkutan ke kenderaan yang lain sebelum tiba di destinasi akhir.

Must Watch Video

Advertisement