awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tidak telefon Individu dapatkan butir peribadi untuk siasatan

Bernama
Bernama
09/10/2018
20:30 MYT
SPRM tidak telefon Individu dapatkan butir peribadi untuk siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan siasatan melalui panggilan talefon ataupun e-mel.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi panggilan telefon, e-mel atau sebarang medium media sosial untuk mendapatkan butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata sejak kebelakangan ini suruhanjaya itu menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan panggilan dan permohonan palsu tersebut.
"Orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my," demikian menurut kenyataan itu.
SPRM juga berharap orang ramai lebih peka serta berkongsi maklumat ini dengan masyarakat sekeliling.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Media
#palsu
#panggilan
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan