BUKIT KAYU HITAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa meningkatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) Thailand dalam usaha mencegah jenayah rentas sempadan khususnya rasuah di pintu masuk kedua-dua negara.
Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail berkata kedua-dua pihak juga yakin dengan hubungan dua hala yang baik, ia dapat mencegah kegiatan tidak bermoral itu sekali gus memastikan keselamatan di sempadan berada pada tahap optimum.
"Kerjasama ini akan memudahkan kita untuk mengurang atau menghapuskan kegiatan jenayah rentas sempadan, itu potensi yang kita lihat (daripada hubungan dua hala ini).
"Secara umumnya kita lihat ada kebarangkalian boleh berlaku rasuah (di sempadan), jadi kita nak cegah di peringkat awal sebelum ia berlaku...ia sebagai langkah pencegahan melibatkan pihak berkuasa di kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas program Dialog Pencegahan Jenayah Rasuah Rentas Sempadan bersama Agensi Penguatkuasaan Malaysia dan Thailand Di Kompleks Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini.
Dialog berkenaan turut disertai delegasi dari Thailand diketuai Pengarah NACC Wilayah Songkhla Ram Wasuthanapinyo.
Sementara itu, Wasuthanapinyo berharap hubungan dua hala itu dapat membantu kedua-dua negara memastikan tidak berlaku salah laku berkaitan rasuah terutama di sempadan negara.
Beliau berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasama sama ada dalam bentuk maklumat atau perkongsian risikan dalam usaha mencegah rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail (empat, kanan) pada Program Pencegahan Jenayah Rasuah Rentas Sempadan yang diadakan oleh SPRM bersama Agensi JIM, KDRM, PDRM dan NACC Songkhla di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam hari ini. - Foto BERNAMA
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi
Muhammad Husain berkata ini kerana sebarang spekulasi yang timbul boleh menjejaskan siasatan SPRM dan menganggu pengoperasian serta perkhidmatan KADA.
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
Pengurus besar sebuah agensi kerajaan antara tiga ditahan di Kelantan - SPRM
Ketiga-tiga pegawai dipercayai ditahan selepas keterangan mereka diambil di Pejabat SPRM di Kota Bharu antara 7.15 dan 8 malam tadi.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.