awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tumpas sindiket seludup sisik tenggiling bernilai RM23.4 juta, empat individu direman

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2023
10:06 MYT
SPRM tumpas sindiket seludup sisik tenggiling bernilai RM23.4 juta, empat individu direman
Dalam serbuan menerusi Op Jaguar di sebuah premis di Klang, Selangor dan di Kuala Lumpur pada Jumaat, SPRM merampas hampir dua tan sisik tenggiling, bernilai kira-kira RM23.4 juta.
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa bernilai kira-kira RM23.4 juta.
Operasi tersebut dijalankan hasil maklumat diterima SPRM daripada agensi penguat kuasa dari Amerika Syarikat dan maklumat hasil risikan di United Kingdom dan Hong Kong.
Dalam serbuan menerusi Op Jaguar di sebuah premis di Klang, Selangor dan di Kuala Lumpur pada Jumaat, SPRM merampas hampir dua tan sisik tenggiling.
Dalam operasi di Kuala Lumpur, SPRM juga merampas beberapa kenderaan mewah yang mempunyai kaitan dengan sindiket itu.
SPRM juga telah menahan seramai tujuh individu berusia antara 30 hingga 59 tahun membabitkan warganegara Malaysia, Bangladesh, Pakistan dan Nepal.
Tiga suspek direman selama empat hari bermula Sabtu sehingga 18 Julai 2023.
Tiga suspek direman selama empat hari bermula Sabtu sehingga 18 Julai 2023.
Dalam pada itu, susulan penahanan tersebut, Majistret A Karthiyayini membenarkan tiga suspek direman selama empat hari bermula Sabtu hingga 18 Julai 2023.
Manakala seorang lagi suspek berusia 40an direman selama dua hari sehingga 16 Julai 2023 setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan tersebut.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Topic Berkaitan
#SPRM
#seludup
#sisik tenggiling
#Op Jaguar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan