awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SsangYong pun ada sesuatu untuk pameran kereta Frankfurt

Astro Publication
Astro Publication
04/09/2015
04:39 MYT
SsangYong pun ada sesuatu untuk pameran kereta Frankfurt
Masihkah anda ingat lagi SsangYong? Jika tidak, jangan rasa bersalah, ramai lagi sebegitu (macam penulis sendiri). Walaupun syarikat ini adalah pengeluar automotif paling tua daripada Korea (dimulakan pada 1954) dan ‘pakar’ 4x4 serta SUV, produk-produknya kurang menjadi dan tenggelam berbanding pesaing-pesaing yang lebih popular.
Namun, pameran kereta adalah tempat yang paling sesuai untuk membuktikan kepada semua bahawa mereka masih releven. Di Frankfurt nanti sebagai contoh, SsangYong akan menayangkan sepasang kenderaan konsep yang dibina atas platform model Tivoli yang baru memasuki pasaran dunia pada awal tahun ini.
Kedua-dua konsep ini adalah XLV-Air dan XAV- Adventure. Di samping itu, model Tivoli juga akan dikembangkan dengan pertambahan varian diesel.
XLV-Air Namanya membawa maksud eXciting smart Lifestyle Vehicle dan adalah model pra-produksi Tivoli dipanjangkan yang akan dilancarkan tahun hadapan. Sebagai SUV pelbagai guna ia menawarkan ruang bagasi tambahan dan dengan pilihan enjin-enjin 1.6-liter petrol ataupun 1.6-liter diesel. Kotak gear pula adalah sama ada automatik 6-kelajuan ataupun manual. Pacuan juga boleh dipilih antara roda hadapan ataupun semua roda.
XAV-Adventure Konsep ini pula adalah yang terbaharu daripada SsangYong bagi SUV. Ia adalah kesinambungan dan intepretasi semula rekaan model Korando. SUV kompak XAV-Adventure ini ditujukan untuk generasi muda yang aktif. Ia dikatakan menawarkan kemampuan ‘off-road’ dan juga kualiti pemanduan yang tinggi.
Tivoli Diesel Tidak banyak yang didedahkan oleh syarikat mengenai enjin diesel 1.6-liter Euro 6 yang digunakan, cuma ia lebih cekap dan tidak bising. Seperti konsep XLV-Air, ada dua pilihan kotak gear dan juga pilihan antara pacuan dua roda ataupun kesemua roda.
Topic Berkaitan
# Frankfurt
#SsangYong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan