awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/12/2024
05:42 MYT
SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar
Anwar berkata, langkah meneruskan PKKP itu bagi memastikan golongan berkenaan menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan pesara dalam menangani kos sara hidup. - Gambar/ Bernama
PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
“Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah berkuat kuasa 1 Disember 2024 dan kemudian dilengkapkan pada Januari 2026 adalah berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan Seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).
“Kerajaan memutuskan supaya amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah langkah meneruskan PKKP itu bagi memastikan golongan berkenaan menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan pesara dalam menangani kos sara hidup.
Ujar beliau, ia sekali gus bukti keprihatinan Kerajaan Madani selaras dengan konsep Ihsan.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#SSPA
#pesara kerajaan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan