KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil sudah 90 peratus bersedia untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini meskipun ketika ini dihujani kritikan dan pertikaian mengenai mutu permukaan padang susulan gambar yang tular di media sosial.
Perkembangan tersebut disahkan sumber dalaman Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan terutamanya di bahagian padang giat dijalankan sejak kira-kira dua minggu lepas sebagai persediaan menjelang final itu.
Menurut sumber, PSM bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan beberapa pihak lain mengadakan pemeriksaan terhadap permukaan padang untuk melihat tahap ketersediaannya semalam.
"Ketika ini semua sudah bersedia, cuma hari ini tinggal touch up dan buat garisan, esok pasang tiang gol. Gambar yang tular adalah waktu kerja-kerja sedang berjalan.
"Kami akan pastikan permukaan padang yang elok untuk final Piala Malaysia dan kami berikan yang terbaik untuk pastikan keadaan padang berada pada tahap optimum," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata tiada sebarang perbincangan untuk memindahkan venue perlawanan akhir Piala Malaysia sejak isu padang mula tular sebelum ini.
Isnin lepas, permukaan padang Stadium Nasional sekali lagi tular dan menjadi perhatian selepas pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar keadaan gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya itu yang kelihatan sedikit terjejas menerusi laman media sosial milik baginda.
Ia merupakan kali kedua dalam tempoh kira-kira dua minggu, Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan padang Stadium Nasional, yang pertama selepas dua hari konsert kumpulan Coldplay berlangsung di stadium berkenaan, 22 Nov lepas.
Sebagai rekod, Tunku Ismail mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional yang mula ditanam tahun ini.
Final Piala Malaysia 2023 mempertemukan juara tiga kali yang juga juara bertahan JDT dan Terengganu FC yang memburu kejuaraan kedua selepas kali terakhir memenanginya pada 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Stadium Nasional Bukit Jalil sudah 90 peratus bersedia untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini. - Gambar fail/BERNAMA
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert 'AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024' di SNBJ 27 Julai ini
Selepas lebih setahun, AR Rahman, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada 27 Julai ini.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tunku Ismail berkenan derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil
Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.
Kelayakan Piala Dunia: Jurulatih Oman nak tengok dulu keadaan padang
Oman tidak melatah di sebalik desas-desus mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi perlawanan Selasa ini.
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih rosak
Rakaman dron menunjukkan keadaan terkini padang tersebut pada Sabtu masih rosak, bertompok dan berpasir pada beberapa bahagian rumput.