awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Shah Alam boleh diroboh bila-bila masa

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2024
11:45 MYT
Stadium Shah Alam boleh diroboh bila-bila masa
Proses perobohan Stadium Shah Alam boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada MBSA. - Gambar fail/ FB Selangor Fanatik Official
SHAH ALAM: Proses perobohan Stadium Shah Alam boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, permit kelulusan perobohan bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) telah dikeluarkan pada 14 Jun lalu.
Menurut beliau, perbincangan peringkat akhir antara MBSA, pemaju, jabatan terlibat dan agensi teknikal telah diadakan pada 20 Jun lalu.
"Dari segi pelan itu memang telah siap, tetapi pelan pembangunan kita belum terima secara rasmi.
"Bagaimanapun permit untuk meroboh telah pun dikeluarkan, jadi isu (perobohan Stadium Shah Alam) itu sudah selesai," katanya pada sidang akhbar pada Khamis lalu.
Sinar Harian pada 6 Jun lalu melaporkan, proses perobohan berikutan syarikat pemaju belum menyerahkan pelan pembangunan penuh projek di tapak stadium itu secara rasmi kepada MBSA.
Pada Disember tahun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, MBSA telah mengeluarkan kelulusan kebenaran merobohkan Stadium Shah Alam dan kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan selepas pemaju memenuhi keperluan yang diwajibkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Pembangunan KSSA membabitkan tiga fasa meliputi proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam dengan ruang perniagaan serta parkir yang dijangka siap pada 2026.
Ia diikuti fasa kedua membabitkan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi manakala fasa terakhir melibatkan pembinaan terminal bersepadu dan hotel yang dijangka bermula Januari 2028 hingga Disember 2029. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#stadium shah alam
#MBSA
#roboh
#tarikh roboh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan