awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Starlink dipasang di SK Malaing Keningau, Sabah - Fahmi

Bernama
Bernama
06/09/2023
11:38 MYT
Starlink dipasang di SK Malaing Keningau, Sabah - Fahmi
Satu unit peranti satelit Starlink dipasang di Sekolah Kebangsaan (SK) Malaing, terletak di Kampung Malaing, Keningau di Sabah, yang sebelum ini berdepan dengan masalah telekomunikasi yang teruk. -Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Satu unit peranti satelit Starlink dipasang di Sekolah Kebangsaan (SK) Malaing, terletak di Kampung Malaing, Keningau di Sabah, yang sebelum ini berdepan dengan masalah telekomunikasi yang teruk.
Perkara itu dikongsikan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
"Insya-Allah saya akan teruskan lagi usaha untuk memastikan 100 peratus kawasan berpenduduk mempunyai akses internet. Kini masih berbaki tiga peratus," katanya.
Guru Besar SK Malaing Denis Gapilit menerusi hantaran video yang dikongsikan Fahmi berkata guru-guru, murid dan komuniti am, khususnya yang berada di sekitar sekolah itu dapat menerima manfaat dengan pemasangan peranti itu.
"Perkhidmatan internet Starlink ini akan memudahkan guru-guru melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian, yang memang sekarang ini sedang diguna pakai di seluruh Kementerian Pendidikan Malaysia, begitu juga dengan murid-murid.
"Perkhidmatan ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk mengakses data-data yang terdapat di dalam (sistem) pembelajaran secara dalam talian," katanya dalam video berdurasi 58 saat, yang turut memaparkan pemasangan peranti itu di atas bumbung dewan serba guna sekolah berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Starlink
#SK Malaing Keningau
#Kampung Malaing
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan