Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu penarikan balik Statut Rom.
Menurutnya, beliau berdiri teguh di belakang Dr Mahathir dan menggelar pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan perdana menteri sebagai ‘pengecut sebenar’.
“Mereka yang menggelar Dr Mahathir sebagai pengkhiat kerana menandatangani Statut Rom dan mahu menggulingkannya dengan cara tidak demokratik adalah pengecut sebenar.
“Langkah mayat saya dulu sebelum lucutkan Perdana Menteri kita. Perdana Menteri Malaysia,” tulis beliau dalam hantaran Facebooknya.
BACA: Ada usaha burukkan PH guna isu Statut Rom - Tun Mahathir
BACA: Tarik diri sertai Statut Rom langkah bijak - Anwar
Pada Jumaat, Dr Mahathir mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menurutnya, ia berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat sambil menegaskan keputusan itu dibuat bukan disebabkan Statut itu membahayakan negara.
Pada 4 Mac lepas, Malaysia menandatangani surat cara untuk menerima Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Wisma Putra dalam kenyataan berkata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC itu pada tarikh berkenaan.
Surat berkenaan kemudian diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.
Sinar Harian
Sat Apr 06 2019
SYED SADDIQ: "Langkah mayat saya dulu sebelum lucutkan Perdana Menteri kita. Perdana Menteri Malaysia." - Gambar fail BERNAMA
Anwar terima potret misi Ops Jerebu 1997
Misi memadam kebakaran rentas sempadan, Ops Jerebu selama 25 hari yang membabitkan 1,200 anggota bomba pada 27 tahun lampau, diabadikan dalam bentuk potret dihadiahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu penting dalam menjayakan tugasan itu pada 1997.
PM dedah ada tidak setuju kenaikan gaji penjawat awam
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Pesawat ringan terhempas di Besout, Tanjung Malim
Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.55 pagi melibatkan pesawat yang belum dikenal pasti.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Ada pemimpin kritik kenaikan gaji penjawat awam - PM Anwar
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
[TERKINI] Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Ipoh.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Bersuhabat dalam genosid: PM Australia Albanese dirujuk ke ICC
Birchgrove Legal, yang memfailkan kes itu berkata Albanese adalah pemimpin pertama negara Barat yang dirujuk kepada ICC di bawah Perkara 15 Statut Rom.
Armenia rasmi jadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Armenia pada Khamis secara rasmi menjadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel
Peguam Perancis Gilles Deversberkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarka n ke atas pihak berkuasa Israel.
Pusat Pendidikan Berterusan UM wujudkan simulasi sidang ICC bicarakan jenayah Israel
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UM) mengambil insiatif mewujudkan simulasi persidangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi mengupas dan membicarakan isu jenayah rejim Zionis.
MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Duta Palestin ke Malaysia melihat tindakan itu sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas
Halang bantuan ke Gaza mungkin jenayah di bawah ICC
Israel perlu melakukan usaha yang boleh dilihat tanpa berlengah untuk memastikan orang awam menerima makanan asas dan ubat-ubatan.
CENTHRA tuntut ICC keluar amaran tegas terhadap kekejaman Israel
Mahkamah Jenayah Antarabangsa didakwa kurang tegas dalam usaha menamatkan keganasan yang semakin memuncak di Palestin.
Presiden ICC tersenarai antara individu dikehendaki di Rusia
Hofmanski Piotr dikehendaki di bawah artikel Kanun Jenayah Persekutuan Rusia.