awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

STB, Tourism Malaysia bekerjasama dalam promosi pelancongan domestik, antarabangsa

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
05/04/2021
11:35 MYT
STB, Tourism Malaysia bekerjasama dalam promosi pelancongan domestik, antarabangsa
Kedua-dua agensi terbabit mempunyai rancangan untuk membawa pemain industri Sabah ke Pulau Pinang dan Lembah Klang untuk sesi perniagaan-ke-perniagaan.
KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi melaksanakan rancangan promosi pelancongan untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kerjasama itu adalah bertujuan menghidupkan semula industri pelancongan di negeri itu.
Beliau berkata, kedua-dua agensi terbabit mempunyai rancangan untuk membawa pemain industri Sabah ke Pulau Pinang dan Lembah Klang untuk sesi perniagaan-ke-perniagaan.
"Ia akan dilaksanakan apabila sekatan rentas negeri ditarik. Mengenai pasaran antarabangsa, STB mengekalkan hubungan baik dengan pejabat-pejabat Tourism Malaysia dengan beberapa inisiatif yang akan di laksanakan walaupun sempadan antarabangsa yang masih ditutup," katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara program 'Kami Bah Ini' kelolaan RTM, di Kota Kinabalu, hari ini.
Terdahulu, inisiatif terbabit bakal menyaksikan STB dan Tourism Malaysia bekerjasama untuk menganjurkan sesi Sabah ASEAN Webinar dengan melibatkan ejen-ejen pelancongan dari negara jiran seperti Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Myanmar dan Kemboja.
"Selain inisiatif ini, STB dan Tourism Malaysia dari semasa ke semasa sentiasa berbincang bagi meneruskan usaha promosi secara berkesan terutamanya ketika sempadan antarabangsa masih ditutup.
"Walaupun promosi pelancongan di Sabah pada ketika ini menyasarkan kepada orang tempatan kita, promosi luar negara tetap dijalankan bagi tujuan kesedaran destinasi0," katanya.
Jelas Joniston yang juga Pengerusi STB, pihaknya kekal optimis industri pelancongan akan pulih semula dengan adanya program pemberian vaksin yang dilakukan di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Lembaga Pelancongan Sabah
#Tourism Malaysia
#Datuk Joniston Bangkuai
#pelancongan Sabah
#domestik
#antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan