awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad

Bernama
Bernama
25/09/2023
14:06 MYT
STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Mohamad berkata justeru, anjakan paradigma perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan sokongan teknologi terbaharu dihasilkan anak tempatan. - Gambar Bernama
ALOR GAJAH: Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata sebagai contoh, Kementerian Pertahanan mempunyai agensi dikenali sebagai Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) yang memfokuskan kepada teknologi pertahanan.
"Kita ada lebih 100 saintis (di STRIDE) yang boleh buat bom, boleh uji bom, macam-macam (berkaitan teknologi pertahanan).
"(Bagaimanapun) STRIDE ini sangat senyap sebab banyak melibatkan teknologi pertahanan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Pembudayaan STEM Bagi Memperkasa Masyarakat MADANI di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal di sini hari ini.
Mohamad berkata justeru, anjakan paradigma perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan sokongan teknologi terbaharu dihasilkan anak tempatan.
"Negara maju tak import teknologi dari luar tetapi ia didukung oleh anak bangsa...nak jadi negara yang mencipta perlu ada kekuatan dalam STEM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#STEM
#teknologi pertahanan
#anak tempatan
#STRIDE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan