awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Steven Sim sumbang RM160,000 kepada 16 masjid dan surau di Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2025
22:15 MYT
Steven Sim sumbang RM160,000 kepada 16 masjid dan surau di Pulau Pinang
Steven Sim (dua dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan RM10,000 kepada wakil pengurusan Masjid Timah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong, telah menyumbang sebanyak RM160,000 kepada 16 masjid dan surau merentasi enam kawasan Parlimen di Pulau Pinang.
Setiap masjid dan surau menerima sumbangan sebanyak RM10,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.
Sumbangan itu melibatkan masjid dan surau di kawasan Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Batu Kawan, Tasek Gelugor, Kepala Batas, dan Balik Pulau.
Sim menyifatkan sumbangan itu sebagai sokongan terhadap peranan institusi masjid dalam memperkukuh komuniti setempat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
"Kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia ialah satu kekuatan yang perlu dihargai dan dipelihara.
"Kita ada orang Cina, ada orang Melayu, orang India dan sebenarnya kepelbagaian itu kalau kita betul-betul hargainya dan kita bersatu padu, ia jadi satu kekuatan yang tidak ada di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan di Masjid Timah, Seberang Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata, nilai perpaduan dan kefahaman antara kaum bukan sahaja mencerminkan jati diri rakyat Malaysia, malah turut menjadi faktor utama dalam menarik pelabur asing ke negara ini.
Topic Berkaitan
#Menteri Sumber Manusia
#Steven Sim Chee Keong
#sumbangan masjid
#Parlimen Permatang Pauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan