awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

STING lakukan rampasan bernilai RM4 juta dalam dua serbuan

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2014
12:20 MYT
STING lakukan rampasan bernilai RM4 juta dalam dua serbuan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (tengah) di sidang akhbar mengenai kejayaan pihak polis mematahkan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah jenis heroin oleh di Pulau Pinang. --fotoBERNAMA
Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik, STING sekali lagi berjaya mematahkan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah di George Town melibatkan nilai rampasan RM4 juta.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, serbuan dilakukan di beberapa kawasan di Pulau Pinang termasuk di sebuah restoran dan sebuah kondominum pada 16 dan 17 Februari.
Turut disita dalam serbuan itu ialah empat buah kenderan serta beberapa peralatan memproses dadah.
Tambahnya, empat suspek masing-masing dua lelaki dan dua perempuan termasuk seorang daripadanya warga China ditahan.
Bagaimanapun pihaknya yakin beberapa ahli sindiket berkenaan masih bebas dan sedang diburu.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana jika di sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Mengulas mengenai insiden vandalisme ke atas beberapa rumah ibadat di negeri itu, Bakri meminta orang ramai tidak memainkan sentimen agama yang keterlaluan kerana dibimbangi akan menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Menurutnya, kesemua insiden yang dilaporkan di pulau pinang masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Bakri Mohd Zinin
#Georgetown
#Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik
#pulau pinang
#STING
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan