Stok beras negara mencukupi, pengeluaran ayam stabil hingga Oktober 2025

Mohamad berkata, sebanyak 1,190,308 tan metrik, meliputi 990,308 tan metrik stok perdagangan dan 200,000 tan metrik stok penimbal. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Setakat 21 Oktober 2025, stok fizikal beras negara mencukupi untuk menampung keperluan selama enam bulan, menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Ringkasan AI
- Setakat 21 Oktober 2025, stok beras negara sebanyak 1.19 juta tan metrik mencukupi untuk enam bulan, manakala pengeluaran ayam diunjur stabil dengan 70.65 juta ekor.
- Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penambahbaikan industri padi, perluasan sumber import makanan asas, dan kerjasama dengan negara rakan dagang.
- Industri lembu pedaging disasar capai SSR 50% menjelang 2030, sementara sektor tenusu berkembang pesat dengan syarikat seperti Farm Fresh dan F&N dijangka capai SSR susu dalam masa terdekat.
Bagi memperkukuh kemandirian sumber makanan negara, pelbagai langkah sedang dilaksanakan termasuk penambahbaikan mekanisme industri padi dan beras.
“Saya sendiri memberi tumpuan besar kepada isu padi dalam lawatan kerja kerana ia merupakan makanan ruji negara.
"Usaha meningkatkan pengeluaran beras memerlukan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Libaran, Suhaimi Nasir, berhubung inisiatif ekonomi baharu untuk anak muda Sabah dalam bidang ekonomi digital, agropreneur dan perikanan moden, agar mereka tidak terus bergantung kepada pekerjaan bergaji rendah.
Dalam usaha memperkukuh bekalan makanan asas, Kementerian turut mempelbagaikan sumber import seperti beras, daging dan lembu melalui kerjasama dengan negara rakan dagang yang telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia.
Mohamad menambah, industri lembu pedaging sedang diperkasa melalui program peningkatan ruminan dan pembiakbakaan, dengan sasaran mencapai tahap sara diri (SSR) sebanyak 50 peratus menjelang 2030.
Beliau juga menyentuh kemajuan pesat industri tenusu negara yang kini diterajui syarikat seperti Farm Fresh dan F&N, yang dijangka mampu mencapai SSR susu dalam masa terdekat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


