KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak campur tangan terhadap sebarang proses siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memberi laluan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menyifatkan isu itu bukanlah boleh diselesaikan melalui sebarang tindakan oleh gerombolan berasingan.
"Kita serah pada siasatan profesional, namun pada masa sama kerajaan tetap berpendirian bahawa tiada tolak ansur terhadap perbuatan sedemikian terutamanya melibatkan agama Islam, agama Persekutuan di negara ini.
"Namun bukan agama Islam sahaja, (juga) termasuklah menghina mana-mana kaum dan agama lain, ia tiada tolak ansur. Kita nak selamatkan negara dan perlu tindakan tegas bagi menentukan tidak berlaku mana-mana perlakuan (seperti itu) lagi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalannya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Anwar dalam ucapannya juga menyeru seluruh pimpinan dan anggota polis untuk terus bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh, tegas dan berani.
"Saya merayu banteras rasuah ini untuk selamatkan negara dan bangsa, jangan kita khianati amanah ini walaupun ia bukan mudah. Bila rasuah mula menjadi sistemik, ia akan menghakis seluruh sendi anggota dan ia perlu ketangkasan dan kekuatan untuk bertempur dalam bidang ini (rasuah).
"Sama-sama kita ingat pesanan 3C bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada tahun 1961 iaitu, Communism, Corruption, Communalism, maknanya apa, ada sebut soal rasuah, pada tahun 1961 lagi pimpinan kita dah nampak... kini 2024 pun kita masih bertarung dengan isu rasuah," katanya.
Beliau pada masa sama turut menasihati pasukan polis untuk terus meningkatkan integriti.
Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk memberi kemudahan kepada sebarang proses melibatkan penambahbaikan premis dan perumahan anggota polis.
"Kita bicara soal polis kena berlawan hadapi soal digital, jenayah komersial, tapi bangunannya 20-30 tahun kekal dengan kemudahan usang, pejabat 30 tahun ketinggalan dari aspek kemudahan, sebab itu kita sekarang tumpu perumahan dan pejabat polis.
"Saya beri laluan pada Kementerian Dalam Negeri agar sebarang proses tender dipercepatkan, kita cuba sedaya upaya baiki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.