awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stoking tertera kalimah Allah: MPBP serah notis batal lesen perniagaan syarikat pengedar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/03/2024
01:30 MYT
Stoking tertera kalimah Allah: MPBP serah notis batal lesen perniagaan syarikat pengedar
MPBP menyerahkan notis pembatalan lesen perniagaan dan menutup operasi perniagaan syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, pada Rabu. - Foto Facebook/Majlis Perbandaran Batu Pahat
KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) menyerahkan notis pembatalan lesen perniagaan dan menutup operasi perniagaan syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd.
Syarikat Xin Jian Chang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart sehingga mencetus kemarahan umat Islam di negara ini.
MPBP berkata, penyerahan notis itu susulan perlanggaran syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan oleh MPBP iaitu stor dan pengedar kasut.
"Penyerahan notis itu disaksikan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin bersama Ketua Whip, Timbalan dan Ahli Majlis MPBP di Menara MPBP, pada Rabu.
"Pengarah Urusan Xin Jian Chang, Soh Hui San telah menerima notis tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, MPBP berkata, tindakan itu diambil di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 13(2) dan Undang-Undang Kecil 49(2) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaana dan Perindustrian MPBP 2016.
Pada Selasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart, yang tular baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, setakat ini sebanyak 42 laporan polis diterima si seluruh negara.
Sabtu lalu, pengurusan tertinggi KK Super Mart menyatakan rasa kesal dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di salah sebuah cawangannya di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya, sebelum tular di media sosial.
Topic Berkaitan
#Kalimah Allah
#stoking kalimah Allah
#kk mart
#Xin Jian Chang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan