PONTIAN: Jemaah Menteri harus berbincang sama ada cuti sekolah perlu dilanjutkan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan dua kematian melibatkan kanak-kanak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata urus setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sudah bermesyuarat dan melaksanakan usaha penyelarasan dengan pelbagai kementerian serta jabatan yang berkaitan.
"Saya fikir itu (pelanjutan cuti sekolah) harus dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri... Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, kita telah mengkoordinasikan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan bukan sahaja untuk memantau tetapi juga membantu mereka yang terkena strok haba disebabkan perubahan cuaca ini," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Pontian di Benut di sini hari ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengingatkan rakyat agar mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena haba panas itu.
Beliau berkata KKM juga telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah yang timbul susulan fenomena itu.
"Kita menasihati rakyat di kawasan yang dilanda haba panas agar minum air lebih banyak... tetapi saya dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa haba panas ini akan berakhir pada pertengahan Mei.
"Jadi saya berharap walaupun ini satu fenomena baharu tetapi kita perlu berjaga-jaga dan mengambil beberapa langkah kesihatan," katanya.
Ahmad Zahid ditanya sama ada wujud keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah susulan kejadian strok haba dan langkah kerajaan dalam mengatasi fenomena haba panas ketika ini.
Sejak Rabu, terdapat dua kematian di Kelantan dipercayai akibat strok haba melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan rakyat agar mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena haba panas itu. - Gambar fail/BERNAMA
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
Abang Johari memaklumkan nama dua anak mendiang Joanna akan didaftarkan di yayasan sarawak`bagi mendapat sokongan pendidikan.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
Golongan berisiko diingat elak terdedah terlalu lama pada cuaca panas ketika beraya
Golongan warga emas, mereka yang mempunyai penyakit dan kanak-kanak berisiko terdedah kepada strok haba.
Masyarakat jangan ambil mudah strok haba - Pakar kesihatan
Masyarakat diminta sentiasa peka dan tidak mengambil mudah dengan risiko strok haba berikutan fenomena El-Nino yang boleh membawa maut.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 April 2024.
Cuaca panas: Orang ramai dinasihat elak pakaian tebal, ketat ketika aktiviti luar
Jika ada gejala berkaitan suhu panas, segera keluar daripada kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah pada badan.
Strok haba: Budak tiga tahun muntah, tidak sedar diri dalam kereta datuk
Muhamad Abil Qaiz dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan susulan di ICU HUSM Kubang Kerian.