Skip to main content

Malaysia

Struktur siling KIA alami kerosakan akibat hujan lebat, angin kencang - Malaysia Airports

KUCHING, 25 Ogos -- Sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kencang petang ini.  Malaysia Airports memaklumkan kawasan terjejas telah dipastikan selamat dan terkawal, manakala pasukan petugas lapangan terbang sedang menjalankan pemeriksaan serta menyelaras tindakan susulan yang diperlukan.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kawasan terjejas telah dipastikan terkawal manakala pasukan petugas lapangan terbang itu telah menjalankan pemeriksaan dan menyelaras tindakan susulan yang diperlukan. - Foto Bernama
Advertisement

KUCHING: Sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat serta angin kencang petang ini.

Malaysia Airports memaklumkan kawasan terjejas telah dipastikan terkawal manakala pasukan petugas lapangan terbang itu telah menjalankan pemeriksaan dan menyelaras tindakan susulan yang diperlukan.

“Keutamaan kami adalah memastikan kesejahteraan dan keselamatan penumpang, pengguna lapangan terbang serta petugas,” menurut Malaysia Airports dalam kenyataan hari ini.

Image
INSERT_Lapangan Terbang Kuching_Bernama.jpg
Sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kencang petang ini. - Foto Bernama

Menurut kenyataan itu, operasi di lapangan terbang berkenaan berjalan seperti biasa namun usaha sedang ditumpukan bagi memastikan penumpang dapat memasuki terminal dengan selamat dan lancar.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement