awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami hantuk kening isteri dipenjara tiga bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2023
07:35 MYT
Suami hantuk kening isteri dipenjara tiga bulan
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu Sabtu lalu. - Fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang suami yang juga seorang penganggur menghantukkan kepalanya ke kening isteri hingga mangsa menerima tujuh jahitan, mengundang balasan apabila dia dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Mohd Faizal Maula Azanan, 33, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu Sabtu lalu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan ke atas isteri, Noriza Mohd Nordin, 35, dengan menghantukkan kepalanya di kening kanan mangsa, di sebuah unit Pangsapuri Sri Tioman 2, Jalan Pertahanan, Setapak di sini pada jam 4 pagi, 13 Mei lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum di bawah Seksyen 323 kanun keseksaan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman penjara yang setimpal dengan mengambil kira kecederaan dihadapi mangsa, sehingga perlu menerima jahitan.
Bagaimanapun, tertuduh merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana mengaku kesalahan terhadap isterinya.
"Maaf, saya menyesal, diharap tempoh hukuman itu dikurangkan kerana saya ada anak malah berjanji mahu membaiki kehidupan ini," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#hantuk kepala isteri
#terima tujuh jahitan
#penganggur dipenjara
#Setapak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan