awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri antara tiga maut dalam kemalangan di Sitiawan

Bernama
Bernama
10/04/2016
23:37 MYT
Suami isteri antara tiga maut dalam kemalangan di Sitiawan
Tiga termasuk sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 12 Jalan Sitiawan-Teluk Intan, Kampung Batu 10 Lekir di Sitiawan, Perak pada pagi semalam.
Tiga termasuk sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 12 Jalan Sitiawan-Teluk Intan, Kampung Batu 10 Lekir di sini pada pagi semalam.
Suami isteri yang terbunuh dikenali sebagai Kharodin Mat Sukor, 50, dan Umi Kelsom Hamidun, 53, manakala seorang lagi mangsa adalah Muhammad Kusairi Noor Mazlimi, 18.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata Kharodin dan Muhammad Kusairi maut di tempat kejadian, manakala Umi Kelsom disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Manjung.
Tengku Mohd Zailan berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Muhammad Kusairi yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala ke Teluk Intan.
"Apabila Muhammad Kusairi sampai di tempat kejadian, kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Kharodin dari arah sama tiba-tiba membuat pusingan balik.
"Muhammad Kusairi tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian pintu hadapan sebelah kanan kereta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam semalam.
Tengku Zailan berkata pasangan suami isteri berkenaan bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala penunggang motosikal itu tidak bekerja.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Muhammad Kusairi
#tengku ahmad shah
#Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan