awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri antara tujuh ditahan edar, seludup dadah RM4.2 juta di Johor

Bernama
Bernama
31/10/2021
09:37 MYT
Suami isteri antara tujuh ditahan edar, seludup dadah RM4.2 juta di Johor
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Razarudin Husain (kanan) menunjukkan rampasan dadah pada sidang media mengenai penahanan tujuh suspek yang terlibat sindiket edar dan seludup dadah bernilai RM4.2 juta di IPK Johor hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri warga tempatan antara tujuh individu yang ditahan, kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bernilai RM4.2 juta, menerusi serbuan di empat buah rumah di sekitar bandar raya ini antara 21 hingga 28 Okt lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata pasangan itu ditahan bersama tiga lelaki tempatan, dua wanita termasuk seorang warga China yang kesemuanya berumur antara 39 hingga 48 tahun.
Beliau berkata menerusi serbuan itu pihaknya merampas sebanyak 115.1 kilogram dadah jenis syabu, 528 gram (g) ketamin, 52.8g ekstasi, 91.8g mushroom,10.5g eramin 5 dan 9.17g pil yaba.
Menurut beliau suami isteri berusia 41 dan 48 tahun itu dipercayai berperanan sebagai dalang sindiket terbabit, dan telah aktif menyeludup dan mengedar dadah sejak pertengahan tahun ini.
"Dadah ini dipercayai diseludup dari negara jiran menerusi utara Semenanjung dan dipasarkan untuk pasaran tempatan dan juga antarabangsa.
"Rumah yang diserbu itu pula dijadikan tempat untuk membungkus semula dadah berkenaan. Kita anggarkan kesemua dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 587,222 penagih dadah di negara ini," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Razarudin berkata hasil ujian air kencing mendapati enam daripada mereka termasuk pasangan suami isteri itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala lima daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Beliau berkata lima buah kereta bernilai RM363,000, wang tunai RM6,870, seutas rantai emas bernilai RM1,300 dan 11 akaun bank berjumlah RM318,431 turut disita.
Kesemua individu terbabit ditahan reman bermula 22 Okt hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri
#edar dadah
#sindiket penyeludupan dadah
#JSJN Bukit Aman
#warga china
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan