SEREMBAN: Seorang pemandu bas dan isterinya berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk empat lelaki dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Nilai dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki berusia 45 tahun itu mendakwa suspek memanjat pagar dan masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci serta mengacukan parang kepada isterinya, 46, yang sedang menggosok baju di sebuah bilik kira-kira pada 6 pagi.
"Suspek seterusnya meminta si isteri menyerahkan barang kemas yang dipakainya sebelum dia dan ahli keluarga lain ditempatkan di sebuah bilik sementara suspek menggeledah rumah tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati wang tunai sebanyak RM9,500 hilang.
"Kesemua suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Proton Waja dan kerugian akibat kejadian dianggarkan berjumlah RM30,000. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan dengan senjata," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Malik berkata polis kini sedang mempergiatkan usaha mengesan individu terlibat selain meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk melaporkan ke balai polis terdekat atau menghubungi talian 06-7904222.
Beliau turut menasihatkan kepada masyarakat untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan memastikan kediaman dikunci dengan rapi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Seorang pemandu bas dan isterinya berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk empat lelaki dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Nilai pagi tadi. - Gambar hiasan
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Abdul Azim Mohd Yasin dan Sharifah Faraha Syed Husin membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan dibaca secara berasingan kepada mereka di hadapan hakim.
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.
Suami isteri berputih mata wang simpanan RM32,000 lesap dilarikan dua lelaki
Sepasang suami isteri kerugian RM32,000 apabila wang simpanan mereka dilarikan oleh dua lelaki dari bilik sewa didiami di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, minggu lepas.
Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri
Empat rakyat tempatan termasuk pasangan suami isteri yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah, ditahan bersama 21 kilogram (kg) ganja bernilai RM66,000 dalam tiga serbuan di sekitar Georgetown.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Suami isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang dihukum
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah yang dilakukan kepada dua lelaki.
Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes seleweng wang zakat MAIPk
Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat MAIPk berjumlah RM9.62 juta, direman tujuh hari.
Suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.49 tengah hari.