awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri cedera akibat letupan gas memasak

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2023
02:30 MYT
Suami isteri cedera akibat letupan gas memasak
Sepasang suami isteri cedera akibat letupan gas memasak dalam kejadian di Flat Desa Melayu, Bakar Batu, pada malam Ahad. - Foto BBP Larkin
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri cedera akibat letupan gas memasak dalam kejadian di Flat Desa Melayu, Bakar Batu pada malam Ahad.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Haizrul Rahmad, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai letupan gas melalui talian MERS999 pada jam 9.54 malam.
Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera EMRS dari BBP Larkin dengan sembilan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.
"Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati berlaku letupan gas memasak di tingkat sembilan flat berkenaan.
"Terdapat dua mangsa iaitu suami isteri mengalami kecederaan akibat letupan gas itu," katanya.
Beliau berkata, mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Operasi tamat sekitar jam 10.37 malam setelah mendapati keadaan sekeliling selamat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#letupan gas memasak
#Flat Desa Melayu
#HSA
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan