awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri cuba sembunyi 'gelang merah jambu' ditahan

Bernama
Bernama
12/08/2020
14:51 MYT
Suami isteri cuba sembunyi 'gelang merah jambu' ditahan
Pasangan itu ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan panik dan mencurigakan. -Gambar fail
Sepasang suami isteri yang cuba menyembunyikan gelang merah jambu (tag kuarantin COVID-19) dengan menanggalkannya dan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) ditahan setelah gagal memberi alasan munasabah.
Ketua Polis Daerah Kangar Superintenden Wari Kiew berkata pasangan berusia 54 dan 65 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang ketika menaiki motosikal bersama untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Sanglang pada kira-kira 3.30 petang tadi.
"Pasangan itu ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan panik dan mencurigakan. Hasil soal siasat, mereka mengaku menanggalkan gelang kuarantin atas alasan mengalami alahan pada kulit dan bolos melalui jalan tikus menaiki motosikal untuk membeli barang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Katanya mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gelang merah jambu
#gelang pink
#Kangar
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan
#polis
#rumah
#TEMCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan