awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri ditemukan selamat selepas sesat di hutan

Bernama
Bernama
04/01/2020
21:03 MYT
Suami isteri ditemukan selamat selepas sesat di hutan
Sepasang suami isteri ditemukan selamat, pada Sabtu selepas tersesat di kawasan hutan di Jalan Pagoh-Parit Sulong dekat Batu Pahat, sejak awal pagi Jumaat. -Gambar hiasan
Sepasang suami isteri ditemukan selamat, pada Sabtu selepas tersesat di kawasan hutan di Jalan Pagoh-Parit Sulong dekat Batu Pahat, sejak awal pagi Jumaat.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh Pegawai Bomba Kanan II Husaini Eddy berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) Arjon Tobari, 59, dan isterinya Norazlina Paijo, 34, dimulakan pada 2.41 petang tadi setelah kedua-duanya hilang selama 24 jam.
Beliau berkata pasangan itu ditemui tiga kilometer dari Jalan Pagoh, kira-kira 48 minit kemudian.
Operasi itu melibatkan 23 anggota dan tiga jentera daripada Balai Bomba Pagoh, Batu Pahat serta Muar.
"Menurut anak mangsa, pasangan itu keluar dari rumah sejak 7.30 pagi Jumaat. Ahli keluarga cuba mencari mereka, namun, gagal," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Husaini berkata pasangan yang ditemui dalam keadaan lesu diberikan air dan roti serta rawatan awal sebelum diserahkan kepada keluarga.
Beliau menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung tujuan pasangan berkenaan memasuki hutan terbabit yang sebahagiannya merupakan kawasan kelapa sawit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#hilang
#hutan
#Jalan Pagoh
#kelapa sawit
#Parit Sulong
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan