NATIONAL
Suami isteri gigih hasilkan sehingga 15kg buah kabung sehari

Isi buah kabung dijual pada harga RM6 hingga RM10 sebungkus, bergantung kepada beratnya. -Foto Ihsan pembaca
PEKAN: Sepasang suami isteri mampu menghasilkan antara 10 hingga 15 kilogram (kg) buah kabung sehari sepanjang Ramadan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Ringkasan AI
- Sepasang suami isteri, Rahim Usani Husin dan Norhayati Mohd Shukur, menghasilkan 10-15 kg buah kabung sehari sepanjang Ramadan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
- Proses penyediaan buah kabung melibatkan beberapa peringkat seperti memisahkan buah daripada tandan, merebus, mengeluarkan isi, dan memasaknya dengan betul untuk mengelakkan gatal tekak.
- Permintaan terhadap buah kabung semakin meningkat, terutama dalam kalangan warga emas, namun bekalan semakin mencabar diperoleh kerana pokoknya berkurangan akibat pembangunan dan perubahan alam sekitar.
Rahim memberitahu, beberapa peringkat proses perlu dilakukan sebelum buah kabung boleh dimakan, termasuk memisahkan buah daripada tandan, merebus, mengeluarkan isi, dan memasaknya.
Ujarnya, buah kabung sira atau tidak disira boleh menyebabkan gatal tekak selepas dimakan jika, proses penyediaannya tidak dilakukan dengan betul.
"Selaput nipis berwarna kekuningan pada buah kabung terlebih dahulu perlu dibuang.
"Jadi, tanpa pengalaman dan kemahiran, buah kabung yang dihasilkan boleh memudaratkan mereka yang memakannya," ujarnya yang menetap di Kampung Pulau Rumput.
Menurut Rahim, permintaan terhadap buah kabung semakin meningkat, terutama dalam kalangan warga emas yang masih menggemari rasa buah tersebut.
Bagaimanapun, katanya, usaha mendapatkan bekalan buah kabung kini semakin mencabar kerana pokoknya semakin berkurangan akibat pembangunan dan perubahan alam sekitar.
"Selain itu, musim berbuah tidak menentu turut memberi kesan terhadap pengeluaran buah kabung, menyebabkan bekalan kadang-kala tidak mencukupi.
"Selagi ada permintaan, saya akan terus mengusahakan buah kabung kerana ia bukan sekadar sumber pendapatan, tetapi juga warisan makanan tradisional yang perlu dikekalkan," katanya. -Sinar Harian

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami