awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut dipanah petir ketika berjoging di Puchong

Bernama
Bernama
12/03/2017
14:41 MYT
Suami isteri maut dipanah petir ketika berjoging di Puchong
Kedua-dua mangsa disahkan mati di tempat kejadian. - Gambar hiasan
Sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir di taman permainan Jalan Kenari, Puchong hari ini.
Pemangku Ketua Polis Serdang Supt Lee Wai Leong berkata Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, ditemui terbaring oleh orang awam pada kira-kira 6 petang tadi.
"Kedua-dua mangsa dikatakan sedang berjoging di taman permainan itu. Pihak polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai pasangan suami isteri yang dipanah petir.
"Seorang daripada mangsa mempunyai kesan darah di kepala dipercayai akibat terjatuh selepas dipanah petir," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.
Kedua-dua mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#panah petir
#pasangan disambar petir
#Puchong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan