awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut kemalangan motosikal, kereta terbakar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/12/2020
09:27 MYT
Suami isteri maut kemalangan motosikal, kereta terbakar
Mohamad Nazrul maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River. -Gambar/ JBPM
SLIM RIVER:Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta lalu terbakar di Kilometer 363.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nazrul, 41, dan isterinya dikenali sebagai Norwahidah, 34.
Menurutnya, dalam kemalangan kira-kira jam 1 tengah hari itu, Mohamad Nazrul maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.
Katanya, siasatan awal mendapati pemandu Toyota Altis dari arah utara menghala ke Johor, telah hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan dan terlanggar besi pembahagi tengah, menyebabkannya melintang di tengah jalan.
“Pada masa yang sama, motosikal tersebut tidak sempat mengelak dan terlanggar pintu belakang kiri kereta tersebut. Kedua-dua kenderaan telah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Sulizmie Affendy, pemandu kereta, lelaki berusia 40 tahun tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#suami isteri
#maut
#motosikal
#kereta
#terbakar
#Tanjung Malim
#Muallim
#PLUS
#Mohamad Nazrul
#Norwahidah
#Sulizmie Affendy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan