awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut, lima anak parah dalam kemalangan di Pendang

Bernama
Bernama
18/12/2016
04:37 MYT
Suami isteri maut, lima anak parah dalam kemalangan di Pendang
Dua mangsa yang maut itu ialah pemandu kenderaan jenis Perodua Alza iaitu, Mohd Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd. Noor, 42. - Gambar hiasan
Sepasang suami isteri maut manakala lima anak mereka parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Alor Punti, Pendang, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata dua mangsa yang maut itu ialah pemandu kenderaan jenis Perodua Alza iaitu, Mohd Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd. Noor, 42.
Katanya lima anak mereka yang parah ialah Masyitah, 12; pasangan kembar iaitu Muhammad Asyraf dan Muhammad Akmal, 11; Munirah, 7, dan Maisarah (belum diketahui umur).
Menurutnya Mohd Padzil dan Masmiwaza merupakan guru masing-masing bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan SMK Tobiar.
Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila MPV tersebut terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.
"Pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan (isterinya) meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," katanya ketika dihubungi.
Fadzil berkata mangsa yang terkorban dan semua anak mereka yang parah itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan sehingga kini tiada sebarang unsur khianat atau jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kemalangan maut
#MPV
#Pendang
#repmpuh treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan