awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan

Bernama
Bernama
12/02/2024
22:00 MYT
Suami isteri maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya PLUS arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, Hulu Selangor, pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, Hulu Selangor, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian jam 11.05 pagi itu, mangsa berusia 36 dan 38 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pasangan yang menunggang motosikal Yamaha NMAX itu dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas bercuti di kampung mereka di Kamunting, Perak.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan Mitsubishi Trition yang dipandu seorang wanita berusia 36 tahun kerana tidak menyedari kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.
"Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa terpelanting di sebelah kanan jalan dan terkena pada Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun yang sedang melalui jalan tereebut," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Isnin.
Katanya, berkata proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#suami isteri maut
#lorong kecemasan
#Lembah Beringin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan