awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut, rumah terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2024
02:00 MYT
Suami isteri maut, rumah terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar di bahagian bilik tidur utama di tingkat atas dan dapur. - Foto Bomba Selangor
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan S21/18, Damansara Utama di sini, pada Sabtu.
Mangsa yang maut dikenali Leong Chen Mun, 55, dan Kang Tsi Yam, 61.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara serta bantuan BBP Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.13 pagi.
"Setiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar di tingkat atas iaitu bahagian bilik tidur utama dan bahagian bawah di dapur.
“Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai anak pasangan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Suami isteri maut selepas kediaman mereka di Damansara Utama, terbakar dalam kejadian pada Sabtu. - Foto Bomba Selangor
Suami isteri maut selepas kediaman mereka di Damansara Utama, terbakar dalam kejadian pada Sabtu. - Foto Bomba Selangor
Ahmad Mukhlis berkata, kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan 70 peratus.
Katanya, unit anjing pengesan (K9) bomba juga berada di lokasi kejadian.
"Bomba masih menjalankan siasatan untuk kenal pasti punca kebakaran," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#suami isteri maut
#rumah terbakar
#Damansara Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan