JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan mendera dua orang kanak-kanak, antara Jun hingga September lalu.
Tertuduh, R Kartik, 32, dan isterinya B Darga Devi, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibuat di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Bagi pertuduhan pertama, pasangan itu didakwa melakukan penderaan terhadap kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun dengan cara memukul menggunakan rotan, penyangkut baju dan batang mop, serta meletakkan pisau panas di tangan dan mencucuh rokok di seluruh badan selain menghantuk kepala ke dinding.
Sementara pertuduhan kedua, mereka didakwa mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dengan cara memukul menggunakan rotan dan batang mop, serta meletakkan pisau panas di tangan dan mencucuh rokok di seluruh badan dan kemaluan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan suami isteri berkenaan, bersama dua orang yang sudah dituduh minggu lalu di mahkamah sama, mengakibatkan dua kanak-kanak yang juga adik-beradik terbabit trauma dan mengalami kecederaan pada tubuh badan mereka.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Flat Selesa Jaya, Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri di sini, antara 8 malam hingga 1 pagi, Jun hingga September lalu.
Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chab Choon Yew manakala kedua tertuduh diwakili peguam Munirah Najihah Shaari.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew tidak bercadang menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh atas alasan yang dilakukan itu bersifat ganas dan kejam.
Munirah Najihah memohon jaminan dalam jumlah rendah kerana tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengambil upah memasak selain menanggung tiga anak berusia sembilan bulan hingga tiga tahun.
Mahkamah kemudian membenarkan suami dan isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM30,000 dan RM15,000 bagi semua pertuduhan dengan empat orang penjamin.
Selain itu, pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah, lapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali dan dilarang mendekati dan mengganggu mangsa serta saksi-saksi.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 24 November depan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 12 2021
B Darga Devi (tengah) tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa. -Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Suami isteri mengaku tidak bersalah dera dua beradik
Suami isteri mengaku tidak salah dera dua beradik