awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri parah, motosikal rempuh belakang lori tukar laluan di lebuh raya

Aida Aziz
Aida Aziz
10/01/2024
21:30 MYT
Suami isteri parah, motosikal rempuh belakang lori tukar laluan di lebuh raya
Kemalangan terjadi di KM 363.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Muallim semalam, melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori. - Foto PDRM
MUALLIM: Pasangan suami isteri cedera parah apabila motosikal yang dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah lori yang menukar laluan di kilometer (KM) 363.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohamad Nor Ekhsan Md Puat dan pembonceng, Tengku Balkis Tengku Zainal Rasid, kedua-duanya 31 tahun, beralamat di Shah Alam, Selangor.
Katanya, pihaknya menerima panggilan pada 11.56 pagi berhubung kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu lori jenis Hino dan motosikal jenis Yamaha MT-09.
"Siasatan dan rakaman percakapan mendapati pada 10 Januari jam lebih kurang 10.30 pagi, seorang lelaki berusia 34 tahun yang memandu lori dari Kota Damansara ke Ipoh melalui lebuh raya terbabit.
"Apabila sampai di KM363.8, pemandu lori itu memandu di lorong kiri antara dua lorong, kemudian dia mengubah haluan ke lorong kanan untuk memotong kenderaan di hadapannya.
"Tiba-tiba datang penunggang motosikal dari arah sama tidak sempat membrek dan mengelak lalu melanggar belakang kanan lori," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Hasni berkata akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal cedera di kepala, patah tangan kanan dan kiri, manakala pembonceng pula luka di bahagian muka.
Bagaimanapun katanya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kedua-dua mangsa yang merupakan pasangan suami isteri itu dibawa ke Hospital Slim River oleh ambulans.
"Punca kemalangan disebabkan lori tersebut ubah haluan dan dilanggar oleh motosikal dari arah belakang," tambahnya.
Justeru, kedua-dua kenderaan ditahan bagi pemeriksaan Puspakom.
Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#motosikal rempuh lori
#lori tukar laluan
#suami isteri cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan