Sepasang suami isteri buntu memikirkan nasib bayi lelaki mereka berusia lima bulan yang menghadapi masalah sebahagian otak di luar tempurung kepala iaitu di bahagian belakang sejak lahir.
Hasida Ahmad, 35, berkata masalah itu menyebabkan perkembangan Muhammad Fakhrullah Firdaus tidak sesempurna bayi seusianya yang lain dan memerlukan penjagaan lebih rapi.
Suri rumah yang tinggal di Flat Simpang Kuala di sini itu berkata masalah itu hanya diketahui selepas melahirkan anak ketiganya itu pada 2 April lalu apabila melihat ketulan pada bahagian belakang kepala anaknya.
"Masa saya mengandung bayi saya sempurna dan doktor tidak dapat mengesan masalah itu sehingga saya melahirkannya (Muhammad Fakhrullah)," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, pada Ahad.
Menurutnya, pembedahan untuk membuang sebahagian otak di luar kepala juga tidak boleh dilakukan disebabkan beberapa faktor yang boleh meragut nyawa bayi itu.
Muhammad Fakhrullah terpaksa menahan derita apabila sebahagian otaknya berada di luar tempurung kepala dengan saiz sebesar telur ayam atau kira-kira lima sentimeter dan perlu dibalut dengan kain bersih bagi mengelak terkena jangkitan kuman.
Sementara itu, suami Hasida, Firdaus Mohd Rahim, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,000 sebulan berkata, beliau membelanjakan kira-kira RM400 sebulan untuk perbelanjaan anaknya itu selain perlu menyara dua lagi anak lelaki masing-masing berusia 8 dan 5 tahun.
Beliau berkata dalam tempoh tiga hari sekali atau seminggu sekali anaknya akan diserang penyakit sawan dalam tempoh beberapa minit sebelum kembali pulih seperti sedia kala.
Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank
152050233296 (Firdaus Mohd Rahim) atau menghubungi Hasida di talian 017-468 7531. --BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2016
Pembedahan untuk membuang sebahagian otak di luar kepala juga tidak boleh dilakukan disebabkan faktor yang boleh meragut nyawa bayi itu. -fotoBERNAMA
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suami isteri perlu bantuan, otak anak di luar tempurung kepala
Pembedahan untuk membuang sebahagian otak di luar kepala juga tidak boleh dilakukan disebabkan beberapa faktor yang boleh meragut nyawa bayi itu.