awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri terkejut, bayi ditinggalkan di hadapan pintu rumah mereka

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2014
09:20 MYT
Suami isteri terkejut, bayi ditinggalkan di hadapan pintu rumah mereka
Bayi yang baru lahir itu diletakkan di hadapan pintu rumah kedai.
Sepasang suami isteri yang menginginkan seorang anak lelaki, merasakan bagaikan bermimpi apabila seorang bayi lelaki ditinggalkan di hadapan pintu rumah kedai mereka, di Kampung Gajah Mati, Tawang, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Seman Salleh, 68, bayi berkenaan dipercayai ditinggalkan awal pagi dan beliau menyedari kehadiran bayi itu ketika bangun hendak menunaikan solat subuh sekitar jam 5.30 pagi.
Katanya sebaik saja membuka pintu kedai, beliau serta isterinya terperanjat apabila mendapati ada sebuah kotak air minuman diletakkan di tepi pintu kedai dan terdengar bunyi tangisan seorang bayi di dalamnya.
Katanya bayi berkenaan berpakaian lengkap dan di sisinya diletakkan beberapa keping lampin pakai buang serta satu puting bayi.
Katanya ketika ditemui bayi berkenaan menangis dipercayai akibat kelaparan.
Beliau bersyukur kerana ibu bayi ini tidak bertindak membuang di merata tempat yang mungkin akan mencederakan atau mengorbankan bayi yang tidak berdosa ini.
Beliau membuat laporan polis mengenai kejadian ini di Balai Polis Tawang, di sini, jam 7 pagi.
Beliau juga gembira kerana dapat melihat seketika bayi lelaki ini kerana beliau kehilangan seorang anak lelaki kira-kira lima tahun lalu akibat mati lemas dan berharap dapat memelihara anak berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad, berkata bayi terbabit dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia,(HUSM) Kubang Kerian, untuk pemeriksaan selain pengambilan DNA bagi mengesan keluarganya.
Katanya bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#anak lelaki
#Bachok
#bayi dijumpai
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan