awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri warga Australia sesat di hutan ditemukan selamat

Bernama
Bernama
26/09/2025
13:32 MYT
Suami isteri warga Australia sesat di hutan ditemukan selamat
Operasi SAR dua mangsa itu dijalankan sepasukan enam anggota dari BBP Bagan Jermal dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT). - JBPM Perak
GEORGE TOWN: Dua individu yang dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di kawasan hutan berhampiran dengan Freedom Hill, Happy Rock, Batu Ferringhi dekat sini petang tadi, ditemukan selamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mereka yang hilang ialah pasangan suami isteri, iaitu Patrick Philippe Chung, 44, dan Patricia Wong, 45, yang merupakan warga Australia.
"Komander operasi membuat size up dengan PPE lengkap menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat berpandukan lokasi yang dikongsi oleh mangsa melalui aplikasi WhatsApp sebelum kedua-duanya dijumpai dalam keadaan selamat dengan dibantu oleh orang awam yang berada di lokasi.
"Mereka seterusnya dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada 6.41 petang," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dua mangsa itu dijalankan oleh sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri
#warga Australia
#sesat di hutan
#freedom hill
#Batu Ferringhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan