awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami kepada Exco Perak meninggal dunia

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/05/2021
03:19 MYT
Suami kepada Exco Perak meninggal dunia
Allahyarham Edi Razman meninggal dunia kira-kira jam 6.50 pagi dipercayai akibat serangan jantung.
IPOH: Suami kepada exco kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin meninggal dunia di kediaman mereka di Sunway Tambun, dekat sini, pagi ini.
Menurut kenyataan pegawainya, Allahyarham Edi Razman Mohd Ismail, 53, meninggal dunia kira-kira jam 6.50 pagi dipercayai akibat serangan jantung.
Jenazah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk ujian COVID-19 sebelum urusan pengebumian.
Allahyarham Edi Razman ialah anak kepada bekas exco kerajaan negeri Perak, Datuk Ainon Khariyah Mohd Abas.
Dr Wan Norashikin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah adalah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Perak.
Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Elis, 21, yang sedang menuntut di United Kingdom, dan dua anak lelaki, Eric, 19 dan Ethan, 12.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Wan Norashikin Wan Noordin
#Edi Razman Mohd Ismail
#Sunway Tambun
#serangan jantung
#Ainon Khariyah Mohd Abas
#ADUN Kampung Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan