awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami maut, isteri cedera dalam nahas dua kereta di Batu Pahat

Sinar Harian
Sinar Harian
28/04/2021
03:39 MYT
Suami maut, isteri cedera dalam nahas dua kereta di Batu Pahat
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam nahas jalan raya dekat Kampung Koris Batu Pahat pada Selasa. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor
BATU PAHAT: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di KM110 Jalan Johor Bahru-Melaka dekat Kampung Koris di sini pada Selasa.
Mangsa Mohd Nor Hakkim Shariff, 27, yang memandu kereta Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dalaman badan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kejadian dipercayai berpunca apabila sebuah kereta Perodua Axia dari arah Senggarang ke Batu Pahat masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.
"Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Isteri mangsa Fatin Nur Suhadah Suryan 24, yang juga penumpang hadapan mengalami kecederaan ringan.
"Pemandu kereta Perodua Axia yang merupakan seorang wanita berusia 30 tahun mengalami turut kecederaan pada bahagian dalaman badan dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Menurut Ismail, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan seramai 10 anggota bomba, sebuat jentera FRT, sebuah jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat bergegas ke tempat kejadian.
"Operasi tamat pada jam 4.13 petang," katanya.
Berita asal: Maut kereta bertembung
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Jalan Johor Bahru
#Kampung Koris
#Mohd Nor Hakkim Shariff
#Perodua Viva
#Ismail Dollah
#Senggarang
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan