awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami mengaku salah tendang, pukul isteri dengan batang penyapu

Bernama
Bernama
23/08/2024
08:00 MYT
Suami mengaku salah tendang, pukul isteri dengan batang penyapu
Che Nohhud Afnan Che Omar, 33, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya Nur Atiyah Mohd Ali, 34, dengan memukul mangsa. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan batang penyapu sawang, menampar dan menendang wanita itu, empat hari lepas.

Ringkasan AI
  • Che Nohhud Afnan Che Omar, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan memukul isterinya dengan batang penyapu sawang, batang kayu penggaru badan, menampar dan menendang wanita itu pada 19 Ogos di rumah mereka di Jalan Jerejak, Taman Setapak, Wangsa Maju.
  • Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat, dan dibaca bersama Seksyen 326A yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua kali tempoh maksimum atau denda atau sebat. Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dan menetapkan 10 September untuk fakta kes dan jatuh hukum.
  • Peguam tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga dan bekerja sebagai penghantar barang dengan pendapatan RM2,000 sebulan, sementara Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Che Nohhud Afnan Che Omar, 33, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya Nur Atiyah Mohd Ali, 34, dengan memukul mangsa menggunakan batang penyapu sawang, batang kayu penggaru badan, menampar dan menendang seluruh badan wanita itu di sebuah rumah di Jalan Jerejak, Taman Setapak, Wangsa Maju di sini pada 8 malam, 19 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan, dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua kali tempoh maksimum atau denda atau sebat.
Hakim Dr Azrol Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dan menetapkan 10 Sept ini untuk fakta kes dan jatuh hukum.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Peguam R. Maha dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga dan bekerja sebagai penghantar barang dengan berpendapatan RM2,000 sebulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#batang penyapu sawang
#pukul isteri
#Che Nohhud Afnan Che Omar
#Nur Atiyah Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan