JEMPOL: Polis masih giat mengesan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam penipuan urusan katering membabitkan seorang pengantin wanita dalam kejadian pada 24 Disember lalu di Bandar Seri Jempol.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Hoo Chang Hook berkata, usaha mendapatkan keterangan suami suspek juga tidak berhasil apabila dia dipercayai turut menghilangkan diri.
"Setakat ini, kita ada mendapatkan maklumat daripada saudara maranya bagi mengesan suspek.
"Justeru, kami meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek berusia 40 tahun itu dengan alamat terakhir dari Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Ujarnya, maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102.
Media sebelum ini melaporkan, sebuah keluarga pengantin perempuan terpaksa memasak sendiri juadah untuk tetamu selepas pihak katering tidak munculkan diri.
Pengantin perempuan sebelum itu telah membuat pembayaran sebanyak RM13,200 kepada pihak katering bagi menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu.
Chang Hook dalam satu kenyataan selepas itu memaklumkan, mangsa dipercayai menjadi mangsa penipuan selepas berurusan secara dalam talian bagi mendapatkan khidmat pakej perkahwinan.
Katanya, mangsa membuat tiga kali pembayaran secara berperingkat secara dalam talian kepada seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam itu.
Semakan polis melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat katering itu didaftarkan atas nama suami kepada wanita berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 04 2024
Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek berusia 40 tahun itu dengan alamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam. - Gambar hiasan
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Pelabur asing akhiri jualan lapan minggu, aliran masuk RM292 juta
Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM292.2 juta, menurut penyelidikan MIDF Research.
Sarawak komited jalin kerjasama denga Sweden
Lawatan kerja itu sebagai membalas jemputan oleh Menteri Perbadanan Pembangunan Antarabangsa Sweden Johan Forssel semasa pertemuan mereka tahun lepas.
Akaun fleksibel penuhi keperluan kecemasan M40, B40
Pengeluaran dijangka sederhana berikutan KWSP pada 2021 menganggarkan bahawa 60 peratus ahlinya telah kehabisan baki Akaun 2, kini dinamakan sebagai Akaun Sejahtera berikutan kemudahan pengeluaran yang disediakan ketika pandemik.
Kuota generasi solar komersial, industri capai 80 peratus
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor bagi sektor kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di negara ini.
Krisis iklim, kanak-kanak paling terjejas - UNICEF
Salah satu syarat pemberian status CFCI ialah penyertaan kanak-kanak yang bermakna dan inklusif, di mana suara kanak-kanak dan remaja boleh didengari dalam keputusan majlis bandar raya, termasuk dalam aspek membina bandar berdaya tahan.
Pantau Agenda Reformasi: Formula menjadikan Malaysia hub berkemahiran tinggi Asia
Dari segi modal insan khusus sekali peranan media yang semakin mahir dalam menggunakan teknologi dan bagaimana mindset mencipta inovasi ini dapat diterapkan dalam mencari penyelesaian risiko global masa kini.
Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir)
Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir)
#SpecialMeeting24: Where Manufacturing & Tech Collide
From augmentation technologies improving training effectiveness by up to 80% to algorithms detecting supply disruptions, cutting- edge technologies are improving the efficiency and performance of manufacturing systems globally. WEF #SpecialMeeting24 in Riyadh is exploring the opportunities and risks associated with scaling frontier technologies to drive the transformation of production systems.
▪ Bandar Alkhorayef, Minister of Industry and Mineral Resources, Ministry of Industry and Mineral Resources of Saudi Arabia
▪ Han Jian, Professor of Management; Founding Academic Director, Chief Human Resource Management Officer Programme at China Europe International Business School
▪ Jake Loosararian, Co-Founder and Chief Executive Officer, Gecko Robotics
▪ Sophie Miremadi, VP Global Government Affairs and Public Policy, AVEVA Group
▪ Ashwad Ismail, Editor-in-Chief, Astro AWANI (Malaysia)
https://youtube.com/live/howt7G5_1dY?feature=share
#SpecialMeeting24
▪ Bandar Alkhorayef, Minister of Industry and Mineral Resources, Ministry of Industry and Mineral Resources of Saudi Arabia
▪ Han Jian, Professor of Management; Founding Academic Director, Chief Human Resource Management Officer Programme at China Europe International Business School
▪ Jake Loosararian, Co-Founder and Chief Executive Officer, Gecko Robotics
▪ Sophie Miremadi, VP Global Government Affairs and Public Policy, AVEVA Group
▪ Ashwad Ismail, Editor-in-Chief, Astro AWANI (Malaysia)
https://youtube.com/live/howt7G5_1dY?feature=share
#SpecialMeeting24
Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta
Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Suami wanita kes tipu katering turut hilangkan diri - Polis
Usaha mendapatkan keterangan suami suspek juga tidak berhasil apabila dia dipercayai turut menghilangkan diri.