KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai siapa akan dilantik sebagai timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan akhirnya terjawab selepas tujuh hari pengumuman barisan Jemaah Menteri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pada Jumaat telah mengumumkan 27 timbalan menteri, melengkapkan Kabinet kerajaan perpaduan.
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Apa tumpuan anda pada Kerajaan sekarang?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Sabtu.
Daripada 938 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus.
Sebanyak 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Astro Awani
Sat Dec 10 2022
Didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus, 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi. - Foto ihsan Pejabat PM
Industri gergasi sudah bersedia, tugas KPT sediakan bakat
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi berpendapat industri sudah bersedia dengan integrasi kecerdasan buatan, dan tanggungjawab KPT untuk menyediakan bakal bakat muda.
Pembangunan bakat AI perlu dimulakan dengan galakan STEM sekolah
Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan berpandangan pembangunan bakat AI perlu dimulakan dengan galakan STEM di peringkat sekolah.
Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena Hari Ibu.
PM lancar Malaysia Artificial Intelligence Nexus
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
Al-Nassr tangguh pertabalan kejuaraan Al-Hilal
Marcelo Brozovic menjaringkan dua gol ketika Al-Nassr mengatasi Al-Akhdoud 3-2 untuk melengahkan pertabalan kejuaraan Liga Pro Saudi Al-Hilal.
Pantau Belanjawan: Pelaburan Digital | Cipta 39,231 pekerjaan, lonjakan ekonomi digital
Pelaburan digital telah menyediakan peluang sebanyak 39, 231 pekerjaan di Malaysia antara 2021-2023. Bagaimana pelaburan ini dapat melonjakkan ekosistem digital Malaysia?
Kupasan bersama Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil.
Kupasan bersama Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia kini tarikan utama profesional asing berkemahiran tinggi
Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada para profesional asing yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk ke negara ini melepasi paras sebelum pandemik.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Sabah 'jauhkan diri' daripada Ragbi Malaysia - Kontroversi kewangan, pemilihan
Presiden SRU, Velayuthan Tan berkata langkah tersebut diambil untuk memastikan MR mempunyai tadbir urus yang baik dan berintegriti.
Malaysia masih berdepan halangan dalam usaha pertingkat tadbir urus baik - Pemantau
Malaysia di tempat ke-57 dari 180 negara dengan skor 50 daripada 100 dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) Transparency International (TI) 2023.
Kerajaan dukung titah Sultan Ibrahim teruskan tadbir urus baik - PM
Kerajaan senada dengan rakyat memanjat syukur serta menjunjung kasih atas pemerintahan, Al-Sultan Abdullah.
KBS, Pesuruhjaya Sukan bincang tadbir urus badan sukan
Beberapa aspek berkaitan tadbir urus badan sukan dibincangkan dalam pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sempena lawatan ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan hari ini.
Commerce Dot Com bolot empat anugerah MPRA 2023
Kemenangan CDC mencerminkan penekanannya terhadap kelestarian melalui tadbir urus yang baik dan ketelusan sebagai nilai-nilai integriti yang penting.
Terlepas manfaat jika hindari AI - Pengarah Urusan WEF
Setiap negara perlu menilai realiti kesediaan masing-masing dalam mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI).
Belanjawan 2024: NCCIM minta kerajaan wujudkan dana ESG bantu PKS
Kerajaan disyor memasukkan inisiatif ini dalam Belanjawan 2024 selaras dengan penekanan global yang semakin meningkat terhadap amalan ESG.
Thailand: Thaksin alami keletihan dan tekanan, kata anak perempuan
Bekas perdana menteri Thailand yang dipenjarakan Thaksin Shinawatra mengalami keletihan dan tekanan sejak minggu lepas, kata anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra.
Pemeliharaan alam sekitar bukan lagi sekadar CSR - Nik Nazmi
Penerapan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus adalah antara elemen yang dinilai pelabur global dalam menerokai potensi pelaburan.