awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: Majoriti responden jangka 12 Nov tarikh mengundi PRU15

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
19/10/2022
11:29 MYT
#SuaraMalaysia: Majoriti responden jangka 12 Nov tarikh mengundi PRU15
Dalam soalan kedua yang diutarakan 'Jangkaan anda bilakah hari pengundian PRU15?' menyediakan tiga opsyen jawapan berbeza buat penonton Saluran Astro AWANI (501) dan yang melayar di web serta platform media sosial kami. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Daripada keseluruhan 1,947 responden yang menyertai kaji selidik #SuaraMalaysia Astro AWANI, 38 peratus atau 739 responden menjangkakan 12 November 2022 sebagai tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini merupakan keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang, Rabu (19 Oktober 2022) menerusi soalan yang diajukan tentang 'Jangkaan anda, bilakah tarikh pengundian PRU15?'
Mengikut dua opsyen jawapan lain yang disediakan, sebanyak 33 peratus (642 responden) pula menjangkakan 19 November sebagai tarikh pengundian.
Kelompok yang memilih 5 November sebagai tarikh hari keramat itu adalah 29 peratus (566 responden).
#SuaraMalaysia
Ini merupakan keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang menerusi soalan yang diajukan berbunyi, 'Jangkaan anda, bilakah tarikh pengundian PRU15?'
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15 yang akan berlangsung pada November 2022, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Perbincangan yang dilakukan dalam Buletin Astro AWANI disertakan dengan diskusi bersama wakil-wakil politik, penganalisis serta badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Astro AWANI juga menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di semua platform media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Pada esok (Khamis), Astro AWANI akan mengemukakan soalan baharu.
Jangan lupa sertai ya!
Topic Berkaitan
#SuaraMalaysia
#Buletin Astro AWANI
#Pilihan Raya Umum ke-15
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan