KUALA LUMPUR: Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI.

Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi, "Anda setuju Parlimen penuh dengan MP muka baharu?"

Astro AWANI memberi tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Rabu.

Daripada 4,249 responden yang mengikuti kaji selidik #Suaramalaysia ini, didapati 74 peratus memilih bersetuju, 16 peratus responden berkata tidak, manakala baki 10 peratus lagi tidak peduli.

Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.

Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.

LIHAT KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM LALU DI SINI

Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.

Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.