Suasana di hadapan rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin tenang pada malam ketiga digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, hanya sekumpulan petugas media masih lagi berkumpul di perkarangan kediaman rumah Muhyiddin dan menanti kemungkinan sebarang kenyataan susulan daripadanya.
Jumlah petugas media juga berkurangan pada malam ketiga selepas selepas Kumpulan pemimpin progresif PAS yang bergelar Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dikatakan ke rumah Muhyiddin pada malam kedua membatalkan kunjungan tersebut.
Pada Selasa, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Muhyiddin yang digugurkan daripada barisan Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Najib selepas mengumumkan rombakan tersebut, langkah menggantikan Muhyiddin ialah satu keputusan yang amat sukar, namun terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri terus bergerak sebagai pasukan jitu.
Selain, Muhyiddin, empat menteri lain yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri G. Palanivel, dan Datuk Dr Ewon Ebin.
BACA: Jelaskan segera status siasatan 1MDB - Aziz Sheikh Fadzir
Pada siang Khamis, Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir membuat kunjungan ke atas Muhyiddin di kediamannya.
Selepas pertemuan itu, Abd Aziz dilaporkan mahu Najib segera menjelaskan status siasatan 1MDB kepada rakyat.
Wan Syamsul Amly
Thu Jul 30 2015
Suasana rumah Muhyiddin tenang malam ketiga pengguguran jawatan TPM - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Dasar Tahun 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Memandangkan tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri.