awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi elektrik diberikan untuk penggiat pelancongan di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
27/10/2021
10:49 MYT
Subsidi elektrik diberikan untuk penggiat pelancongan di Sabah
Jafry (dua, kiri) menyampaikan sijil kepada lagenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang dilantik sebagai Duta Pelancongan Sabah. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Sabah bersetuju untuk memberikan subsidi atau rebat bagi bil elektrik kepada penyedia penginapan yang terkesan susulan pandemik COVID-19.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Kabinet negeri memutuskan untuk meberikan subsidi bagi tempoh enam bulan, bermula Januari sehingga Jun 2021.
Menurutnya, ia merupakan antara usaha dalam membantu sektor pelancongan di negeri ini.
"Rebat bulanan untuk hotel bertaraf 5 dan ,4 bintang ialah RM15,000 atau 30 peratus yang mana lebih rendah; untuk hotel bertaraf 3 hingga 1 bintang, rebat adalah 30 peratus daripada bil elektrik mereka sehingga RM3 ribu, yang mana lebih rendah.
"Manakala, untuk penginapan orkid dan tidak bertaraf, rebat adalah 30% daripada bil mereka sehingga RM600 mengikut mana yang lebih rendah," katanya dalam ucapan sempena pelantikan Datuk Lee Chong Wei sebagai Duta Pelancongan Sabah, pada Rabu.
Tambahnya, rebat berkenaan akan disalurkan melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB).
"Ini adalah sebahagian daripada pelan hala tuju pemulihan negeri dalam mengembalikan perkembangan industri pelancongan di Sabah. Seperti yang semua maklum, pelancongan merupakan salah satu elemen teras dalam rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ)," katanya.
Jafry berkata, inisiatif ini diharapkan akan memberikan pemain industri kelebihan daya saing dan pada masa yang sama, memberikan pengguna tawaran menarik untuk mendorong mereka memilih Sabah sebagai destinasi percutian pilihan mereka.
Topic Berkaitan
#subsidi elektrik
#penyedia penginapan dibantu
#sektor pelancongan
#Lembaga Pelancongan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan