KOTA BHARU: "Sudah lima tahun anak lelaki saya diculik dan dibawa lari ke Thailand namun sehingga kini tiada khabar berita," luah seorang ibu.
Wan Shahrizal Wan Zulkifli, 55, bagaimanapun masih percaya anak ketiga dari empat adik-beradik itu masih hidup.
Wan Shahrizal merupakan ibu kepada Mohd Aiman Zafri, 29, yang kisah penculikannya oleh individu yang dipercayai anggota kumpulan sindiket pernah mendapat liputan media pada 2018.
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan anaknya itu termasuk mencari di serata tempat di selatan Thailand.
"Bulan lepas saya berkunjung ke sana, sampai ke Pattani pergi untuk cari anak saya, tapi tak jumpa. Ada orang dakwa pernah lihat kelibat anak saya melalui cara pemakaian dia dan gaya dia, tapi tak tahu di mana dia berada.
"Bukan sahaja usaha mencari bahkan usaha melalui jalan alternatif lain turut dilakukan termasuk memohon bantuan ustaz dan pelajar tahfiz melakukan solat hajat dan istikarah.
"Apa yang menyedihkan, anak tunggal Aiman, yang kini berusia 7 tahun sentiasa bertanyakan ayahnya, bahkan sering bermimpi bertemu ayahnya," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI di sini.
Katanya, anak Mohd Aiman, Muhamad Rayan Rizki ketika kejadian berusia dua tahun lebih dan tinggal bersama ibunya, Nur Azra Syazwani Abdullah.
Mengulas lanjut kejadian itu, katanya Mohd Aiman dibawa lari oleh kumpulan penjenayah pada 5 Julai 2017 sewaktu bersama isterinya pulang dari bekerja.
Wan Shahrizal berkata, anaknya itu dilarikan oleh lima lelaki di jalan Taman Maju, Kota Bharu pada jam 11.30 malam.
"Anak bersama menantu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebelum sebuah kereta yang dinaiki lima lelaki menghimpit dan mengambil anaknya di hadapan sebuah kedai runcit, di jalan Taman Maju di sini.
"Kumpulan terbabit mengambil Aiman menaiki kereta jenis Kia Sportage berwarna hitam dan meninggalkan isterinya di jalan berkenaan.
"Seminggu selepas itu, kumpulan terlibat meminta wang tebusan berjumlah RM50,000 namun keluarga saya hanya dapat membayar RM22,000," katanya.
Wan Shahrizal berkata pembayaran pertama berjumlah RM20,000 dibuat pada 14 Julai 2017 dengan meletakkan duit berkenaan di satu perhentian bas di Batu Karang, Rantau Panjang sekitar jam 5 petang.
Selang beberapa hari penjenayah meminta wang lagi berjumlah RM5,000, namun dia hanya mampu menyediakan RM2,000 dengan memasukkan wang berkenaan melalui akaun bank milik isteri salah seorang rakan Mohd Aiman.
"Kesemua panggilan meminta wang tebusan itu menggunakan nombor telefon Thailand, namun selepas membayar wang yang diminta, sehingga kini mereka tidak menghantar Aiman seperti yang dijanjikan," jelasnya lagi.
Sepanjang kehilangan anaknya itu, tujuh laporan polis sudah di buat.
"Saya tak tolak kemungkinan Aiman dan rakannya dikenali sebagai 'Pok Wae' ada kaitan dan mempunyai hutang dengan kumpulan tertentu, tetapi Aiman tak pernah ceritakan sehinggalah Aiman dibawa lari," tambahnya.
Pada waktu itu pihak polis membuka siasatan dan mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Pok Wae yang merupakan suspek utama kes culik berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu pada waktu itu, Superintendan Noor Halim Nordin berkata, suspek yang dikenali sebagai Ahmad Syazwan Ayub, dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Katanya siasatan lanjut menunjukkan suspek utama itu bersama empat lagi lelaki membawa mangsa ke pekan Sungai Golok selepas kejadian itu.
Pihak polis juga telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 26 tahun yang merupakan kenalan kepada mangsa pada waktu kejadian itu.
Walaupun bantuan Interpol dan juga pihak berkuasa Thailand membantu mengesan Aiman dan rakannya Pok Wae, sehingga kini kedua-dua individu berkenaan masih gagal dikesan.
Vivi Sumanti
Mon Sep 19 2022

Wan Shahrizal (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berkaitan insiden penculikan anaknya Mohd Aiman Zafri ketika ditemui di sini. - Foto Astro AWANI

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr. Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM Dr. Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak matapelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Kerjasama erat Malaysia-Singapura dapat lonjakkan industri halal, perbankan - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun melihat Malaysia boleh mendapat limpahan kepesatan industri perbankan Singapura pada masa sama negara jiran itu dapat dibantu dengan keunggulan kita dalam industri halal.

PPD, JPN wajar diberi kuasa pengambilan guru - Dr. Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Anuar Ahmad melihat perlunya guru yang benar-benar faham dengan budaya dan aspirasi pelajar di sesebuah lokaliti.
![AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007284/34651835121675087575040_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Pulau Batu Puteh, kerajaan tidak setuju keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan, waris Sultan Sulu. -Pas dakwa beri wang kepada pengundi untuk balik mengundi, bukan kesalahan. -Jumlah anggota kastam dan imigresen ditambah di Tambak Johor. #AWANInews

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Dua lagi lelaki didakwa culik warga Palestin
Dua lagi individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian.

Anwar Ibrahim nafi didakwa ejen Mossad
Beliau mahu tahu bagaimana boleh berlaku kemasukan ejen daripada agensi perisikan Israel yang didakwa bertujuan menculik.

Penculikan warga Palestin: Polis nasihat orang ramai tidak timbulkan spekulasi
Orang ramai diminta untuk tidak menimbulkan spekulasi berhubung kes penculikan warga Palestin yang sudah dibawa ke mahkamah.

11 didakwa culik lelaki Palestin, mahu maklumat rahsia perisian godam telefon
Kesemua tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dakwaan penculikan di sekolah: KPM teliti sesuatu kes sebelum ambil tindakan
Ia bagi memahami kejadian sebenar sebelum mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan di kawasan sekolah.

Polis nafi kes culik kanak-kanak untuk penjualan organ
Polis menafikan terdapat kes penculikan enam kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ seperti mesej yang tular menerusi media sosial sebaliknya ia adalah mesej lama yang disebarkan semula.

Polis siasat dakwaan hampir berlaku penculikan di SK Sri Wangi
Polis masih menyiasat dakwaan hampir berlaku insiden penculikan melibatkan dua murid Sekolah Kebangsaan Sri Wangi pada Isnin dan Selasa lepas.

Sudah 5 tahun anak saya diculik, dilarikan ke Thailand - Ibu harap anak ditemui
Kisah penculikan Mohd Aiman Zafri oleh individu yang dipercayai anggota kumpulan sindiket pernah mendapat liputan media pada 2018.

Berita culik, jual organ kanak-kanak adalah palsu - Polis
Mesej palsu tersebut telah tular sejak tahun 2017 dan kembali diulang siar di media sosial baru-baru ini.

Polis nafi audio tular berlaku kes culik, bunuh, pengambilan organ
Hasil semakan mendapati audio yang ditularkan itu merupakan audio lama yang tidak benar.