SHAH ALAM: Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd didakwa masih tidak memberi solusi yang tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Pemilik kereta berkenaan, Nagakanni Subramaniam, mendakwa terdapat beberapa kesalahan fakta dalam kenyataan balas syarikat tersebut.
"Saya dimaklumkan Perodua sudah jawab, tapi saya nak betulkan sedikit fakta. Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara mengemukakan pinjaman kereta kedua.
"Ada jaminan secara hitam putih tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar pinjaman pertama? Takde. Sudah lebih dua bulan masih belum ada apa-apa maklumat secara terperinci mengenai pembelian balik, tempoh pembelian balik, pembayaran pinjaman dan semua itu," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Perodua dalam kenyataan medianya pada Rabu, memaklumkan bahawa syarikatnya menawarkan dua pilihan kepada Nagakanni.
Ketua Pegawai Operasinya, JH Rozman Jaafar berkata, beberapa langkah telah diambil termasuk menawarkan kereta sementara kepadanya untuk digunakan dan pilihan membeli semula unit berkenaan.
Tambah Nagakanni, Perodua sewajarnya memudahkan urusannya kerana apa yang dimahukannya pada masa sekarang adalah penyelesaian 'menang-menang'.
"Isunya mudah. Saya beli kereta dengan Perodua, enjin rosak kononnya sebab ada benda asing seperti gula, saya tak dapat penggantian kereta baru dan masih kena bayar kereta tu setiap bulan.
"Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan. Tapi mana hitam putih itu? Sehingga hari ini saya masih belum ada. Jangan buat kenyataan media hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya. Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau tular," katanya lagi.
Terdahulu Nagakanni meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam.
Dia juga memaklumkan, terpaksa membayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM537 walaupun masih rosak. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 04 2024
Nagakanni meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam. - Gambar fail
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang dan menghempap sebahagian landasan monorel serta beberapa kereta di kawasan itu pada petang Selasa.
Lelaki maut, motosikal rempuh kereta rosak di lorong kecemasan
Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Audi Q3 2.0 yang dipandu seorang lelaki warga India berusia 48 tahun.
Lima kereta rosak akibat bongkah konkrit jatuh dari atas bangunan
Kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumbung selain tingkap pecah dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi yang turut menyebabkan empat kereta lain terkena serpihan.
'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak
Perodua Sales Sdn Bhd didakwa masih tidak memberi solusi yang tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak
Pihaknya menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan atau membeli semula unit berkenaan.
2 cedera, 3 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di ibu negara
Dua cedera, manakala tiga kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang di dua lokasi berasinga di ibu negara, ekoran hujan lebat petang tadi.
Kereta rosak di lebuh raya, wanita maut dilanggar lori kontena
Lori itu telah melanggar seorang wanita yang ketika itu berada di sisi luar kenderaan berkenaan.
Empat kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Pandan
Empat kenderaan rosak apabila dihempap pokok tumbang di Apartmen Pandan Jaya dan di Jalan Pandan berikutan hujan lebat dan angin kencang, petang ini.
Ribut di Dengkil: 20 kereta rosak dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, beberapa batang pokok besar di kawasan tempat letak kereta itu tumbang, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Berang kereta dibaiki masih rosak, lelaki bertindak bakar mekanik
Seorang mekanik parah selepas dikatakan dibakar seorang individu yang berang kerana kereta adiknya yang dibaiki mangsa masih rosak.