awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2023
15:44 MYT
Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham
Nor Hisham menjelaskan antara sumber alternatif yang wajar dipertimbangkan adalah air bawah tanah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya sumber air alternatif digunakan untuk kawasan-kawasan tertentu bagi mengatasi masalah yang dihadapi terutama ketika cuaca panas dan kekurangan hujan.
Pengerusi Perikatan Air Malaysia (Malaysian Water Partnership, MyWP), Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali menjelaskan antara sumber alternatif yang wajar dipertimbangkan adalah air bawah tanah.
Beliau juga menyarankan agar konsep takungan air tepi sungai seperti yang dilakukan di Selangor wajar diterokai.
"Selangor, Alhamdulillah telah mempelopori perkara dan ia telah berjaya mewujudkan alternatif ini dan saya syorkan negeri-negeri lain melihat perkara berkenaan. Saya rasa satu masa nanti kita perlu terokai satu lagi kaedah iaitu menggunakan air bumi atau air bawah tanah di kawasan-kritikal.
"Kalau kita lihat kerana negara-negara lain telah banyak menggunakan sistem air bawah tanah ini sebagai salah satu sumber air mereka.
"Kita boleh gunakan di kawasan strategik seperti kawasan perindustrian, kita gunakan sumber air bawah tanah jika sumber biasa kita ini putus," katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru bertajuk 'Masalah air, bila nak selesai?'
Beliau juga menjelaskan, masalah pencemaran yang menyebabkan sumber air sungai tidak boleh digunakan adalah akibat sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang sering berlaku ketika cuaca panas dan kekurangan hujan.
Topic Berkaitan
#masalah air
#MyWP
#sumber alternatif
#industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan